Friday, January 2, 2009

Manikavasagam lepaskan Timbalan Pengerusi PKR Selangor

Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam membuat pengumuman untuk melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor atas alasan kecewa dengan sikap beberapa pemimpin Selangor. Beliau telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Selangor dan salinan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Keputusan muktamad ini terpaksa saya ambil selepas mendapati sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) berlagak sombong dan enggan berbincang sesama sendiri bagi mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang diketengahkan," katanya. Sementara itu, bagi jawatan anggota Majlis Tertinggi PKR, beliau memaklumkan akan membuat keputusan sebaik sahaja beremu Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P. Waythamoorthy. –Malaysia Today

No comments: