BANDAR GAZA - Israel tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan serangan terhadap wilayah Palestin di Gaza walaupun kekejaman itu sudah masuk hari tujuh semalam.
Pesawat rejim Zionis turut mengebom sejumlah rumah penduduk dan sebuah masjid sehari selepas kematian seorang pemimpin kanan Hamas.
Para pegawai pertahanan Israel dan Palestin memberitahu, serangan itu menggunakan taktik terbaru dengan memberi amaran sebelum peluru dilancarkan.
Dalam beberapa kes, jet-jet pejuang mengeluarkan bunyi sebelum melancarkan serangan.
Bangunan-bangunan Hamas mengalami kerosakan teruk namun Israel seolah-olah masih belum puas.
Rejim Zionis kini beralih untuk menyerang pemimpin Hamas setelah struktur bangunan yang dimiliki pergerakan itu musnah.Menurut penduduk tempatan, Israel melancarkan serangan awal semalam terhadap 20 buah rumah yang dipercayai milik pejuang Hamas.
Pesawat Israel turut mengedar sejumlah risalah yang mengandungi nombor telefon dan e-mel bagi memudahkan penduduk Gaza memberikan maklumat berhubung lokasi roket penembak Hamas.
Namun strategi yang digunakan sama seperti perang di Lebanon pada 2006 itu tidak berjaya mempengaruhi penduduk Gaza. - AP

No comments:
Post a Comment