Friday, January 2, 2009

Lagi Pakej Ransangan – Najib

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kemungkinan besar satu lagi pakej ransangan akan diadakan sekiranya keadaan eknomi semakin buruk pada tahun 2009. "Keutamaan saya ialah saya benar-benar mahu menyelamatkan rakyat dari perlu menghadapi kesukaran jika ekonomi sebenar menerima kesan," katanya.
Sebelum ini kerajaan telah menjalankan pakej rangsangan RM7 bilion pada 4 November bagi menghadapi masalah krisis ekonomi disebekan masalah ekonomi global. Menteri Kewangan itu memaklumkan defisit bajet 5 peratus masih boleh diterima untuk tempoh satu hingga dua tahun. "Sebab itu kita bersikap tegas di segi penetapan satu siling. Sebagai contoh, perbelanjaan kerajaan, oleh pelbagai kementerian, jika mereka memohon perbalanjaan tambahan, mereka akan diberitahu supaya membuat penjadualan semula atau menetapkan projek keutamaan, bahawa mereka perlu melaksanakan projek, iaitu mereka perlu membuat perancangan mengikut siling yang ditetapkan. Kita memandang berat untuk mengekalkan defisit 4.8 peratus,"jelasnya. –Malaysia Today

No comments: