Friday, January 2, 2009

K.Terengganu : Wan Ahmad mula diserang

Calon Barisan Nasional (BN) Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah mula diserang oleh pihak lawan menerusi laman web dan sistem pesanan ringkas (SMS). Baru – baru ini terdapat laman web yang menyebarkan gambar beliau sedang berkaraoke dengan seorang wanita. Bagaimanapun Wan Ahmad Farid mengingatkan kepada pihak yang cuba menyerangnya supaya berusaha lebih keras kerana wanita tersebut ialah anak saudaranya sendiri ketika majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudarayang dihadiri oleh keluarganya.
"Kuala Terengganu sekarang ini basah dengan hujan, tetapi mereka ini nampaknya kekeringan isu. Mungkin ada pihak yang nak menggambarkan saya seorang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di lounge, pusat karaoke dan sebagainya. Abang saya ada, ayah dia pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri," katanya. –Malaysia Today

No comments: