Monday, June 23, 2008

Pengalaman ICYC

dari 18-20 jun lalu saya mengikuti conference anjuran pelajar siswazah kimia USM..Walupn sy brtindak sebagai panitia di bahagian accomodation dan transportation, bnyk pengalaman manis yg sy xdpt lupakan spanjang mgendalikan seminar brtaraf antarabangsa ini...Ramai kenalan jg yg sy dpt smasa seminar brjalan..antaranya, Prof Dr Mudasir, Dr Bambang Rudhiarso, Dr. Nuryono dan Dr Eko Trisakti dari Universitas Gadjah Mada..Kalian mmg best!!..Mr. Ibrahim, Mr. Jamal, Mr. Bashar, Dr. Emad Yousif dr UKM dan bnyk lagi...Poster presentation sy brjalan dgn lancar..Trima kasih kpd kwn2 yg sudi dtg..trutama dr Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat2an USM...

Sunday, June 15, 2008

Ceramah Kenaikan Harga Minyak..

Sy smlm br aje balik dr Stadium Majlis Perbandaran Pulau Pinang..Tgk ceramah umum Kenaikan Harga Minyak..Ramai yg dtg, jam gle...Tokoh2 besar yg hadir adalah, Naib Presiden PAS Sdr.Mohamad Sabu, de facto PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden DAP Sdr.Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang (merangkap Setiausaha DAP) Y.B. Lim Guan Eng...Ucapan yg plg hangat smlm adalah ucapan Anwar Ibrahim yg mndapat tepukan gemuruh dari semua org ramai..Yg bestnye, Anwar Ibrahim pndai bwat lawak n sosok strategi beliau ni amat gagah...Hujah beliau nmpk bernas n mampu memukau para hadirin...seriously,polis mlm smlm xbley bwat pe...takut gak g smlm kene bantai ngn cota polis..tp smlm nmpknye dasar demokrasi da menampakan wajahnya....sy smlm juz g jek...bkn sng nk tgk tokoh politik ni (walaupun pembangkang) semasa usia remaja sy...untung rsnye dpt tgk Anwar dr dekat...bkn memihak mn2 parti politik..kte kne neutral, dgr jek kedua2 pihak...bru la kte xkne tpu ngn mn2 pihak...tol x?

Hazwan Hussin

Saturday, June 14, 2008

Biosensor pastikan makanan selamat

Penanaman sayur-sayuran antara subsektor pertanian makanan yang wajar diberi penekanan kerana pasarannya sentiasa ada.
Namun, industri tersebut wajar mendapat sokongan dan suntikan teknologi supaya lebih berdaya saing dan selamat untuk pengguna.
Justeru Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) tampil menjalankan penyelidikan untuk membangunkan teknologi biosensor dan biodiagnostik bagi mengesan masalah keracunan dalam makanan termasuk sayur-sayuran.
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman berkata, pihaknya mahu memperkenalkan biosensor dan biodiagnostik dalam pelbagai industri di negara ini.
“Biosensor dan biodiagnostik boleh digunakan dalam pelbagai industri seperti makanan, ternakan, ternakan sebagai satu langkah memajukan industri berkenaan,” katanya.
Abd Shukor berkata, biosensor digunakan untuk mengesan pencemaran, bahan toksik atau kualiti sesuatu bahan yang diragui.
Misalnya biosensor boleh digunakan untuk mengesan sisa racun serangga pada sayuran atau antibiotik pada ternakan dalam masa yang singkat berbanding kaedah konvensional.
“Penggunaan biosensor boleh mengesan sisa racun serangga dalam sayuran segar dalam masa hanya 30 minit dalam ukuran bahagian persejuta berbanding tiga hari sebelumnya,” katanya.
Di negara maju teknologi biosensor telah digunakan sejak 10 tahun lalu untuk mengesan sisa racun serangga pada sayuran segar.
Teknologi biosensor mudah alih boleh diletakkan di sempadan pintu-pintu masuk negara bagi memastikan sayuran dan ternakan yang dibawa masuk atau keluar tidak mempunyai sisa racun serangga atau antibiotik seperti ditetapkan.
Sebelum ini biosensor atau biodiagnostik telah digunakan dalam sains perubatan, alam sekitar, toksik dalam air dan udara serta pertanian.
Sehingga ini Abd Shukor berkata, MARDI telah berjaya membangunkan dan mempatenkan biosensor untuk mengesan sisa racun serangga pada sayuran di dalam dan luar negara.
Justeru bagi meningkatkan lagi pembangunan teknologi berkenaan, MARDI menjalinkan kerjasama dengan negara-negara maju seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) yang menjadi peneraju teknologi berkenaan.
“Bidang pertanian mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan seperti dalam sains perubatan,” katanya selepas Persidangan Biosensor dan Biodiagnostik Serantau di ibu negara, baru-baru ini.
Persidangan tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta bukan saja dari dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.
Selain MARDI, persidangan tersebut turut mendapat kerjasama kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), SIRIM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberikan peluang kepada saintis dan ahli akademik untuk bertukar pendapat mengenai status biosensor dan biodiagnostik di negara ini.

Kaedah kawal Lalat Mangga..

Petani di seluruh dunia mengeluarkan kira-kira 27 bilion mangga (Mangifera indica) pada tahun 2004 menurut tinjauan terkini.
Ini memberikan kelebihan kepada peminat mangga, termasuk lalat buah (Anastrepha spp).
Kini pakar entomologi (kaji serangga) Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (ARS) Amerika Syarikat (AS) David A. Jenkins menemui penyelesaian berteknologi rendah dan murah bagi mengurangkan perebakan lalat buah pada mangga.
Jenkins bertugas di Stesen Penyelidikan Pertanian Tropika di Mayaguez, Puerto Rico.
Di sana, pokok mangga banyak ditanam dan buah masak bertaburan di bawah pokok dan dibiarkan tanpa seliaan. Ini memberikan persekitaran yang sesuai bagi pembiakan lalat buah.
Dalam kajian yang dijalankan, Jenkins dan kumpulan penyelidiknya mengutip mangga yang gugur dan membahagikannya kepada empat kumpulan.
Kumpulan pertama dibiarkan di kawasan teduh sama ada di bawah pokok, kumpulan kedua disimpan di dalam rumah.
Kumpulan ketiga diletakkan di bawah cahaya matahari dan yang keempat dimasukkan di dalam beg plastik hitam dan diletakkan di bawah cahaya matahari.
Penyelidik merekodkan suhu persekitaran dan suhu dalam buah mangga beberapa kali sehari.
Pada cuaca cerah, mangga yang diletakkan pada cahaya matahari menunjukkan peningkatan suhu dalaman dari 52 darjah Celcius (C) ke 58 darjah C.
Buah mangga yang diletakkan di dalam rumah menunjukkan peningkatan 25 darjah C dan mangga di tempat teduh 37 darjah C.
Selepas tiga hari, mangga yang diletakkan di luar dipantau kemunculan larva dan pupa.
Jenkins mendapati mangga yang diletakkan di dalam rumah menghasilkan lebih banyak larva berbanding mangga yang terdedah kepada cahaya matahari.
Di kawasan di mana mangga tidak ditanam secara komersial, buah yang gugur akan dibiarkan tanpa seliaan selama beberapa hari sebelum dikutip dan kawasan yang redup dan dingin di bawah pokok memberikan persekitaran yang sesuai bagi perkembangan lalat buah.
Maka cara mudah mengawal lalat buah ini ialah dengan mengumpul dan membuang buah yang gugur di kawasan kebun. Ia akan membantu mengurangkan peluang pembiakan dan perkembangan lalat buah.


-Menarik...

Hazwan Hussin

Royalti Minyak dapat balik!!

KUALA TERENGGANU 14 Jun – Kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan sepenuhnya hak pengurusan royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu yang ditarik balik sejak tahun 2000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan keputusan itu berkata, penyerahan semula royalti itu akan dibuat sebaik sahaja perincian mengenai perkara itu termasuk prosedur penyerahan ditetapkan dengan kerajaan Terengganu.
‘‘Secara terperincinya, prosedur dan langkah yang akan diambil berhubung pemberian semula royalti minyak ini akan ditetapkan apabila perbincangan dengan kerajaan negeri Terengganu diadakan.
“Kerajaan Persekutuan akan mula bagi (royalti) sebaik semua telah dipersetujui,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO Terengganu serta makan tengah hari bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan di sebuah hotel di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said meminta kerajaan Persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri untuk digunakan bagi membiayai projek-projek pembangunan rakyat.
Hak pengurusan royalti minyak itu yang dianggarkan sebanyak RM1 bilion setahun ditarik balik pada tahun 2000 ketika pentadbiran Pas.
Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan.
Wang itu disalurkan terus melalui projek pembangunan dan bukannya melalui kerajaan negeri apabila Pas memerintah Terengganu selepas pilihan raya umum 1999.
Baru-baru ini, Dewan Rakyat diberitahu kerajaan Pusat telah menyalurkan wang ihsan kepada kerajaan Terengganu bagi tempoh tiga tahun sejak Mac 2004 hingga Mac 2007 berjumlah RM7.364 bilion.
Perdana Menteri berkata, tiada perubahan daripada segi jumlah royalti yang akan dikembalikan iaitu sebanyak lima peratus.
Abdullah berkata, beliau percaya penyerahan semula wang royalti itu akan membolehkan kerajaan Terengganu mentadbir negeri ini dengan lebih baik.
Justeru, beliau menasihatkan pentadbiran Ahmad supaya melaksanakan perbelanjaan berhemah untuk persediaan ketika waktu sukar.
‘‘Kalau kita sudah ada wang, pandai-pandailah uruskan, kita mesti sentiasa uruskan wang dengan baik kerana kita akan menghadapi pelbagai situasi yang memerlukan perbelanjaan yang kadang-kadang lebih daripada jangkaan.
‘‘Tapi kalau duit sudah habis dan kita tidak amalkan perbelanjaan berhemah, maka kita akan hadapi banyak masalah. Oleh itu perbelanjaan dan pentadbiran berhemah mesti menjadi amalan ketika waktu susah atau waktu senang,” ujarnya.
Sementara itu di Setiu, Ahmad ketika ditemui pemberita, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas keputusan tersebut.
‘‘Saya bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Terengganu gembira kerana Perdana Menteri prihatin dengan kehendak rakyat negeri ini,’’ ujarnya.
Katanya, dengan adanya royalti minyak ini akan membolehkan kerajaan negeri merancang pelbagai pembangunan mengikut keperluan rakyat.

-Harap2 btola kn...Jgn cakap jek..

Hazwan Hussin

Gempa Bumi lagi...

KURIHARA - Gempa bumi sekuat 7.2 pada skala Richter melanda pergunungan dan jelapang padi di utara Jepun semalam menyebabkan sekurang-kurangnya enam mati dan lapan yang lain dilaporkan hilang.

Para pegawai berkata, lebih 144 penduduk cedera manakala 100 pengunjung resort yang sedang mandi di kolam air panas dikhuatiri terperangkap ketika bencana pada pukul 8.43 pagi itu berlaku.

Ketika helikopter serta anggota tentera dikerahkan ke kawasan kejadian media tempatan turut melaporkan jumlah kecederaan sebenarnya melebihi 200 orang.

Gegaran itu menyebabkan kawasan lereng gunung runtuh, jambatan musnah dan sebuah janakuasa elektrik nuklear diletakkan di bawah keadaan berjaga-jaga setelah 20 liter air beradioaktif tertumpah.

Pegawai Kementerian Perdagangan dan Industri, Yoshinori Moriyama berkata, tidak ada kebocoran dikesan di luar kompleks janakuasa itu.

Bekalan elektrik kepada lebih 29,000 rumah terputus tetapi ia kembali pulih secara berperingkat menjelang malam semalam.

"Saya tidak boleh berbuat apa-apa, saya tidak boleh bergerak," kata seorang penduduk, Akiko Kikusawa, 82.

Berikutan kejadian itu, beratus-ratus penduduk terpaksa mendapat perlindungan sementera di kawasan yang disediakan kerajaan Jepun.

Perdana Menteri, Yasuo Fukuda berkata, beliau mengarahkan pasukan tentera, polis serta agensi-agensi kerajaan lain untuk mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap.

"Usaha paling penting ialah untuk menyelamat seberapa banyak nyawa yang boleh dan kami melakukannya sebaik mungkin," kata Fukuda.

Kejadian gempa bumi yang terburuk melanda Jepun ialah pada Januari 1995 menyebabkan lebih 6,400 penduduk Kobe terbunuh. - AP

-Wallahualam..Dunia nk kiamat agknye..

Hazwan Hussin

Hai Harga,Bila la kau nak turun?

Salam..
Kte sumekn tau sejak PRU ke 12 ni ramai yg mrungut pasal harga bahan bakar, bahan mentah n tiket bus naik mendadak...So, ape agknye komen korg sume supaye perkara sprt ni x brulang pd ms yg akn dtg...Petrol naik 78sen,Diesel naik RM 1, Ayam sekilo RM7, Tiket bus Butterworth-KL RM40...Pening2..Haha...Sy tau korg sume bijak dlm mengurus ringgit masing2...Ble Anwar sibuk dok ckp akauntabiliti Pertonas bley trunkan harga minyak, Pak Lah pulak bwat strategi potong elaun keraian n bg rebat percuma utk pemandu..Sy bkn la kt cni memihak pd mn2 pihak..tp mgkin ade hikmahnye brg naik ni...maybe sbb nk kite sume jg alam sekitar..Kn kajian br2 ni menunjukkan yg taun ni taun yg paling panas dgn suhu di Malaysia naik ke 33'C..same2 la kte pikir2 yea..


Hazwan Hussin

International Conference for Young Chemist (ICYC)

Salam sume...
Utk pengetahuan korg sume, sy akn membentangkan research sy ms ICYC nnt (18-20 Jun 2008). Maklumat lanjut akan sy postkan di blog ni nnt..


Hazwan Hussin

Lalalala..kerjalah...

Salam..Ehem2, nmpknye period time utk bdk2 praktikal pn da nk bis...haha..Hrap2 korg sume da start tulis report utk dihantar ke Jabatan n Pusat Dadah USM..Tp yg xbestnye, pasni sy mst sunyi sbb da xboleh nk kacau bdk2 praktikal,terutama student yg bwat research bawah seliaan sy..Nwey,utk korg sume, nasihat sy n RA yg len supaya trusla bwat research..Ble bwat final year projek taun depan,bwat la yg the best...Ha,st lg..Jgn lupe utk prepare slide utk presentation..


Hazwan Hussin