Tuesday, October 14, 2008

Najib nafi campur kes Altantuya


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan yang beliau menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam siasatan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu. Beliau menegaskan adalah tidak perlu untuk beliau memberikan khidmat pesanan ringkas (SMS) antara beliau dan seorang peguam terkemuka. ‘‘Saya tidak perlu memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut. Apa yang penting tidak ada sebarang penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Sebuah portal berita membuat laporan bahawa Najib telah menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan urusan kes Altantuya. Laporan itu mengatakan terdapat mesej komunikasi antara Najib dengan seorang peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda, salah seorang lelaki yang didakwa bersubahat dengan dua pegawai polis dalam pembunuhan Altantuya. –Malaysia Today

No comments: