Wednesday, October 8, 2008

Keputusan Abdullah akan kukuhkan UMNO - Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan mampu membantu mengembalikan kekutan UMNO. Beliau berkata langkah itu dapat memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasioanal (BN) yang terjejas teruk pada pilihanraya umum lalu.
''Nasib baik pandangan saya sebelum ini tersasar kerana dalam blog, saya tulis beliau tidak akan letak jawatan. Sebaliknya beliau telah membuat pengumuman itu, sudah tentu ia amat menggembirakan bagi UMNO, bukan untuk diri saya tapi untuk UMNO bagi membolehkan parti itu diperkukuhkan semula," katanya. Mahathir turut berkata walaupun terdapat banyak pihak mahu Abdullah meletakkan jawatan sekarang, namun mereka tetap berharap beliau akan terus berusaha untuk mengukuhkan UMNO dan BN sehingga tempoh Mac. –Malaysia Today

No comments: