Monday, October 13, 2008

Anwar sifatkan bajet lapuk


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Pematang Pauh) yang tetap mahu meneruskan n perbahasan Bajet 2009 walaupun cubaan untuk menangguhkan perbahasan ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bebahas selama 4 jam setengah dan akan menyambungnya pada hari ini. Anwar menegaskan Bajet 2009 dibuat semasa harga minyak ialah AS$125 setong (RM425 setong) sedangkan harga sekarang pada paras AS$77 (RM261 setong) dan data-data ekonominya amat berbeza.
Ianya turut disokong oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) yang mengemukakan peraturan mesyuarat Perkara 52 (1) dan 53(4) di mana Menteri Kewangan boleh memberikan notis sehari untuk mengemukakan pindaan Bajet 2009. –Malaysia Today

No comments: