Monday, September 29, 2008

Naik 78 sen, turun 25 sen - Salahuddin

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri telah dua kali mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak dua kali namun harga barang tetap meningkat menyebabakan kadar inflasi mencecah 8 peratus. "Ini menggambarkan kerajaan tidak mempunyai perancangan khusus dalam menangani bebanan rakyat. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak lebih 40 peratus pada Jun lalu mengundang kenaikan harga barangan di pasaran.
"Tetapi hari ini walaupun dua kali harga minyak diturunkan tapi harga barangan di pasaran masih mahal. Ini masalahnya kerana ketidakupayaan pemimpin yang ada sekarang," katanya. Ogos lalu harga minyak diumumkan turun sebanyak 15 sen dan 24 September lalu turun lagi sebanyak 10 sen, menjadikan jumlah keseluruhan penurunan harga minyak 25 sen. Salahuddin merasakan berdasarkan nisbah Dolar Amerika Syarikat dan harga pasaran minyak negara sekarang, subsidi kerajaan seperti di tanggung oleh rakyat. –Malaysia Today

No comments: