Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dipecat serta merta oleh kerajaan negeri Perak setelah beliau mengaku menerima habuan seks wanita warga China berikutan skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar memaklumkan arahan untuk melucutkan jawatan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikeluarkan pada Jumaat lalu.
‘‘Ini adalah keputusan kerajaan negeri setelah dia mengaku mendapat habuan seks wanita China menerusi seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah pada 14 Ogos di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Di samping itu individu yang menawarkan habuan seks itu akan didakwa secepat mungkin,” katanya. Nizar turut memberitahu keputusan itu dibuat setelah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut akta dan enakmen sedia ada bagi membolehkan tindakan tegas diambil. –Malaysia Today
No comments:
Post a Comment