Malaysia menyatakan kebimbangan mereka kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berikutan cubaan Amerika Syarikat (AS) untuk campurtangan dengan mempersoalkan undang-undang dan pentadbiran badan kehakimannya. Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dengan tegas berkata "Jika mahu, kami juga boleh mempersoalkan asas perundangan dalam penahanan tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo, tetapi kami tidak berbuat demikian sepertimana kami juga tidak mempersoalkan tindakan masyarakat dalam bidang kuasa lain,".
"Ia perlu ditegaskan sekali lagi - kita tidak ada hak untuk campurtangan, dalam sebarang bentuk manifestasi atau atas sebarang dalih atau keadaan, dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain,"tambahnya. Sebelum ini Washington pernah memberi amaran agar penyiasatan dan pendakwaan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh melibatkan politik dan perlu dijalankan mengikut undang – undang. – Malaysia Today
No comments:
Post a Comment