Saturday, May 7, 2011

Cikgu Arbai Samingon, Cikgu Muzaffar Shah, Cikgu Siti Maimon, Tn. Hj. Kadir, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Normah Bahrudin

Salam semua...entri hari ni mengimbas kembali zaman persekolahan ak di Sekolah Tinggi Segamat (1999-2003)..Masa zaman 90-an dan awal 2000, STS adalah antara sekolah terbaik di daerah Segamat dan negeri Johor amnya...Brdasarkan rekod cemerlang sejak penubuhannya pada 1926, sekolah ini menjadi impian anak-anak Segamat untuk melanjutan pengajian di peringkat menengah..dan, kerana Sekolah Tinggi Segamat jugalah, ak brada pada tahap sekarang (graduan masters dan juga calon doktor falsafah)...ade beberapa org guru seingat ak yg banyak mempengaruhi kerjaya ak sekarang dan juga peribadi ak sekarang...

1) Cikgu Arbai Samingon: Beliau adalah guru matapelajaran Matematik Tambahan (Add Maths) di STS dl..Brketurunan Jawa dan sangat bangga menjadi anak Jawa (ak pn anak Jawa jugak)..Beliau adalah bekas penanda kertas soalan Add Maths Negeri Johor dan mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman..kerana beliaulah ak sgt suka pada matematik, khasnya Advanced Matematics..Gaya bersahaja beliau ketika mnyelesaikan masalah matematik membuatkan ak truja dengan gayanya..beliau seorang penggemar rokok jenama Benson and Hedges (sekarang dah berhenti) dan gemar menyeluk poket seluar ketika menjawab soalan matematik..Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik dari Institut Teknologi Bandung, Indonesia dan merupakan kawan seangkatan dengan penyelia projek Masters ak iaitu Prof Madya Dr. Mohd. Jain Noordin

2) Cikgu Muzaffar Shah: Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Mikrobiologi, tetapi merupakan guru pembimbing Kelab Rekacipta STS...Beliau brtanggungjawab membawa ak, hazman dan hidayah (3 H) ke pertandingan rekacipta peringkat daerah (Johan) dan negeri (ketiga)..Beliau juga telah merevolusi kegiatan rekacipta di STS sehingga nama STS sentiasa gah dalam pertandingan Roket air, Rekacipta dan Inovasi, Remote control dan macam2 lagi..masih brhubung dengan ak utk mendapatkan idea dan beliau telah menyebabkan ak sekarang sangat minat kepada dunia penyelidikan...

3) Cikgu Siti Maimon: Guru Kelas kami Form 5A dan juga guru kimia kami (Form 4A dan 5A)..brkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari University of Surrey, UK...merupakan guru favorite ak ketika sekolah menengah..berjaya membuatkan ak sangat minat kepada subjek kimia sehinggakan rekod cemerlang sejak Form 4 sehingga SPM dengan sentiasa mengekalkan status A dalam apa jua peperiksaan trmasuk ujian..masih brhubung melalui Facebook..

4) Tn. Haji Kadir Rajak: Guru Matapelajaran Matematik Moden ketika brada di Form 5A..beliau juga brjaya membuatkan kami tidak bosan ketika subjek matematik diadakan..sentiasa memberikan idea atau rumus mudah supaya kami dapat ingat dan menyelesaikan masalah matematik dengan mudah..juga brjaya membuatkn ak dapat mengekalkan status A dalam setiap ujian dan peperiksaan (mahupun SPM)..masih brhubung, sebab rumah beliau dekat dengan rumah ak di kampung...

5) Cikgu Siti Hajar: Guru Kelas kami (Form 4A) dan juga guru subjek Biologi semasa kami di Tingkatan 4A dan 5A...seorang yg open-minded..kdang2 gaya bersahaja beliau menyebabkan kami tidak kering gusi...berjaya membuatkan ak minat dengan subjek Biologi..dan ak sentiasa mendapat A dalam setiap apa ujian..(masa tu memang minat bio, nk jd Dr. la katakan..huhu)..beliau juga brtanggungjawab menghantar ak, ina dan hidayah ke Pertandingan Kuiz Sains Nasional, serta menghantar ak, sara dan hidayah ke Pertandingan Kuiz Sains Alam Sekitar...beliau masih di STS dan dah nk pencen..dah lama tak dengar khabar...

6) Cikgu Normah Bahruddin: Guru matapelajaran Fizik kami (Form 4A dan 5A)...beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Fizik dan Masters Fizik dari universiti di Amerika..memang hebat speaking English..walaupn dulu kami belajar dalam Bahasa Malaysia..dulu ak memang kurang minat fizik tapi beliau brtanggungjawab membawa ak ke Pertandingan Kuiz Fizik Kebangsaan..anak beliau, Allahyarham Razak (Jack) merupakan kawan baik ak masa belajar Add Math di tempat tuisyen Cikgu Arbai..Razak meninggal selepas kemalangan jalan raya seminggu sebelum keputusan SPM keluar (al-fatihah)..beliau sentiasa berusaha membuatkan kami minat dalam bidang Fizik..sekarang ak dapat rasakn perasaan beliau bila ak mgajar Fizik di SMK Bukit Jambul..tak sangka segala ilmu yg beliau berikan ak masih dapat igt dan gunakan untuk mengajar...beliau sekarang di SMK Seri Kenangan Segamat (sekolah elit)..dah lama tak dengar khabar..

Sungguhpun dimana cikgu2 semua berada, ak sangat trhutang budi dengan jasa cikgu2 ni semua..tanpa diorg, sapelah Mohd. Hazwan Hussin sekarang..Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Ibu juga kepada mama, Zabedah Md. Aris yg merupakan bekas guru juga..

No comments: