Buku sifir 4 angka...sekarang susah nk cari buku ni lagi..
Antara jawapan humor yg diberikan pelajar..(bukan di Malaysia)
Seperti yg anda semua sedia maklum, minggu ini adalah minggu peperiksaan pertengahan tahun sekolah2 di Malaysia..dan seperti biasa, tugas ak sebagai guru sandaran tak terlatih iaitu menanda berbundle2 kertas soalan pelajar (3 kelas utk fizik, 2 kelas utk math dan 1 kelas utk sivik)..mungkin slepas brgelar guru atau pengajar, baru ak dapat rskn perasaan seorg guru ketika menanda kertas soalan pelajar2nya..brcampur baur perasaan bila tgk jawapan yg pelajar beri...adakah ini semua disebabkan oleh guru yg tak pandai mengajar atau pelajar yg tidak study sebelum menduduki exams?
ak dapat bezakan pengalaman belajar di sekolah menengah (penghujung 90-an hingga awal 2000) dimana pada ketika itu, calculator pun tak dibenarkan semasa menjawab exam..cuma kertas kosong (utk mengira) dan buku sifir 4 angka (utk cari nilai punca, trigonometri, gandaan, statistik dan sebagainya) digunakan utk menjawab soalan matematik, fizik dan sebagainya..sebab tu lah, orang dulu2 memang pandai matematik dan boleh mengira tanpa mengunakan calculator..pelajar sekarang? 1+1 pun tekan calculator...
kalau dulu, pelajar yg mendapat gred rendah akan berasa sangat malu bila keputusan diumumkan dalam kelas...sekarang, mereka relax saja mengatakan "ala, ok la daripada langsung tak ada markah"..masa dulu jgk, pelajar2 gred rendah ni dimarahi atau diherdik sebab tak boleh nk dapat nilai yg bagus..tapi pelajar sekarang, mereka pula menyalahkan guru dengan alasan guru tak mengajar dengan betul..
sebenarnya, guru langsung tak bersalah dalam hal ni...tugas guru cuma menyampaikan ilmu dan tugas pelajar adalah menerima dan mengaplikasikannya semasa menjawab soalan..tugas guru cuma menerangkan teori, manakala tugas pelajar adalah membuat sebanyak latihan tubi dan bertanya jika tak faham..guru tak akan ajar macam mana nk jawab soalan yg spesifik, itu pelajar kene fikir sendiri berdasarkan pengetahuan teori..contohnya, guru disekolah cuma ajar macam mana nk tambah 1+1, beliau tidak ajar macam mana nak jawab soalan 2+1, itu pelajar kena fikir sendiri..
persoalannya, kenapa pelajar kurang perform ketika menjawab soalan? ini kerana penerimaan mereka kurang ketika dikelas..sibuk dengan urusan lain atau memikirkan hal2 lain di luar sekolah..kosentrasi tak ada..dan langsung tak ada minat utk dengar apa yg cuba disampaikan..berborak aje kejenye dibelakang...kalau zaman dulu, duster (pemadam papan hitam) tu dah melayang kena kat pelajar tu..igt lagi zaman ak dl, meja dengan kerusi pn pernah terbang sebab pelajar kurang beri perhatian..pelajar sekarang, ditegur pn tak boleh..lesen mereka yg paling kuat adalah ibu bapa mereka..guru cubit sket, tampar sket atau balun sket dah merengek kat mak ayah..pelajar zaman dulu, kalau kene tampar atau rotan dengan guru disekolah, takut sangat nk beritau kt mak ayah, bukan apa, takut kene balun tambahan dari ibu bapa mereka...sebab tu la pelajar zaman dulu sangat hormat kt guru mereka..nakal macam mana pun, bila nampak guru disiplin pegang rotan menuju kearah kelas, sume pakat diam...
berbalik pada persoalan tadi, sepatutnya pelajar zaman sekarang tak susah nk dapat gred yg bagus..sbb semua informasi ada ditangan mereka..soalan percubaan negeri boleh didapati di internet, nota2 ringkas juga boleh didapati di internet, kalau tak faham boleh guna handphone utk call guru brtanyakan soalan..sepatutnya mereka mudah nk dapat gred yg bagus..zaman ak dulu, handphone pn tak ade, nak cari soalan percubaan kene tanya dgn guru2 subjek kot2 diorg ada, tak faham soalan, guna public phone atau telefon rumah utk call guru, nak dapatkn sumber maklumat lebih kene pinjam buku di library sbb nk beli buku tak mampu..itu antara perbezaan ketara pelajar zaman dulu dan zaman sekarang..org dulu susah nk dah gred yg bagus, dan kalau dapat, memang mereka brusaha sehabis mungkin..pelajar sekarang nk dapat 21 A pn relax jek..dan ak sejujurnya memang tak hairan dengan keadaan ni semua..
p/s: sangat tak sabar utk habis mengajar, pasni trus brsemangat akan buat labwork utk PhD..