Saturday, September 5, 2009

Dapur Chef Wahn (Biskut Almond London)


Puan-puan..haha..siapkan pen dan kertas untuk salin resepi yea~

Bahan-bahan:
  • 125 gm mentega
  • 75 gm gula ising
  • 1 biji kuning telur
  • 225 gm tepung gandum serba guna
  • 333 gm badam berkulit dibakar di dalam oven selama 7minit (350F)
  • 300 gm coklat masakan dicairkan
  • Sedikit lemak sayur (shortening)
  • Mangkuk kertas
  • Sedikit hirisan badam untuk hiasan
  • 1 sudu kecil emplex (bahan untuk membuat biskut rangup)
Cara nk buat:
  1. Pukul mentega dan gula sampai halus.
  2. Masukkan telur dan emplex serta tepung gandum serbaguna.
  3. Gaulkan adunan sehingga sebati.
  4. Ambil sebiji badam dan diisi di tengah-tengah adunan.
  5. Bentuk seperti guli dan letak di atas dulang pembakar.
  6. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170C.
  7. Sejukkan dahulu.
  8. Masukkan ke dalam kertas mangkuk dan disudukan sedikit coklat cair (yang telah dimasukkan sedikit 'shortening')
  9. Hiaskan dengan hirisan badam
Yummey..Almond London mmg aku pny favorite..

No comments: