Saturday, October 15, 2011

Doctor to-be = Doctorandus??

Pengistilahan calon Dr. (Dr. to-be)




Courtesy of PhDComis.com



Entri kali ni agak menarik, sebab mungkin ada ramai yg kurang tahu bahawa trdapat istilah lama yg digunakan utk merujuk kepada seseorang yg bakal mendapat title "Dr." (Dr. to-be)..

Merujuk kepada Wikipedia, Doctorandus (atau ringkasnya Drs.) membawa maksud "a person that should become a doctor" dan diamalkan di Belanda pada zaman dahulu..Konsep "title" ini merujuk kepada sistem "pre-bachelor-master's degree" iaitu selepas lulus peperiksaan utk menjadi calon pelajar PhD (doctoraalexamen) dan selepas tamat ijazah doktor falsafah, istilah Drs. ini dirubah kepada Dr.



Mengikut sumber sahih, kerajaan Belanda telah menggunakan istilah ini yg serupa dengan ijazah sarjana (M.Sc atau M.A)..Terma ini telah dimansuhkan (selepas perjanjian pendidikan Bologna) dan digantikan dengan sistem ijazah sarjana (Masters)..Selain Belanda, Belgium dan Indonesia merupakan antara negara yg pernah mengamalkan sistem yg serupa..Contohnya, di Belgium, calon pelajar pascasiswazah yg sedang membuat kajian PhD digelar "doctorandus" (cth; Drs. Jansen Spitlzberg) dan menukar gelaran itu kepada "doctor" (Dr. Jansen Spitlzberg) setelah secara rasminya mendapat ijazah kedoktoran..Di Indonesia, sistem ini pernah diamalkan dan dimansuhkan pada tahun 1990..Jadi, siswazah yg 'graduate' sblum tahun itu boleh menduduki peperiksaan Drs. dan membawa 'title' Drs. dihadapan nama mereka..


p/s: sdg study CP-MAS C13 NMR..kemungkinan akan guna alat ni nnt..

No comments: