Friday, January 7, 2011

Saya Melayu juga!!

Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyuarakan kebimbangan beliau kepada masa depan org melayu dlm bukunya "The Malay Dilema" serta puisi "Melayu Mudah Lupa". Bukan beliau saja yg memikirkan masa depan org melayu yg tak menentu. Sejujurnya, ak merasa bertuah kerana lahir sebagai seorang melayu (walaupn brdarah campuran Melayu Patani di sebelah emak dan Jawa di sebelah ayah) dan bragama Islam. Natijahnya, ak sendiri memikirkn perkara yg sama iaitu masalah org melayu. Ramai orang melayu yg lancang brsuara ketika kaum lain mempersoalkan "Ketuanan Melayu" atau dasar "Keistimewaan Melayu" sampai brperang mulut dan brgaduh. Hakikatnya, masyarakat melayu zaman kini hampir musnah disebabkan sikap org melayu sendiri. Apa tidaknya, kita lantang brsuara kalau org mempersoalkan hak kita, tp pada masa yg sama kita sendiri brsikap buruk sesama kita. Contohnya, cuba kita pergi ke pejabat kerajaan atau pejabat pihak berkuasa tempatan yg rata2 nya di jawat oleh org melayu. Kalau ada urusan yg memeningkn kepala mereka, mereka lantas marah tanpa menggunakan adap yg sopan. Cuba kita lihat kaum lain, Cina dan India..Wlaupn mereka ni bukan brsaudara, tp mereka sama2 menyelesaikan masalah dengan cara yg baik. Ak tak faham bahasa Tamil atau Mandarin, tp dari intonasi percakapan mereka jelas membuktikan mereka beradap dan membantu sesama bangsa. Tak macam kita.

Orang melayu juga sangat terkenal dengan sikap suka mengkritik. Ini tak boleh, itu tak boleh..Tp kalau sampai diri sendiri, semua boleh..Peliknya sikap org melayu ni kdg2 macam ombak..sekejap tinggi dan sekejap rendah..tak ada jati diri atau pendirian yg kukuh..Sebab tu la bangsa lain mudah take advantage keatas kita!!! Oh ya, melayu juga sgt terkenal dengan sifat malas..buat kerja pun macam melepaskan batu ditangga..lepas tu brmegah dengan kerja yg tak seberapa tu...sy yakin org melayu yg baca blog ni pn ak brfikir bahawa kita juga sama dengan yg lain..malas dalam segala hal..kita kutuk org cina tak mandi pagi, tp kita yg mandi pg ni lepas datang kerja pergi minum teh dl, ngular...masa boss pnggil pn terhegeh2 dtg..cuba kita tny boss2 kita, kaum apa yg bnyk sekali kes2 memeningkan kepala..jawapan nya msti org melayu..

skrg ni,banggakah kita sebagai melayu kalau kita sendiri yg menghancurkan ms depan bangsa kita?? fikir-fikirkn la wahai keturunan melayu..

No comments: