Tuesday, January 18, 2011

Catching up!!

Smlm (18/1/11) merupakan hari yg brsejarah buat ak kerana dengan rasminya ak layak membawa kelayakan M.Sc dlm profile diri ak...yaa..ape lagi, semalam merupakan hari dimana segala penat lelah ak membuat research dan belajar trbayar..tp sebelum trbayar mestilah ada harga dulu n harga tu kalau kte pndai tawar-menawar, kte ak puas dgn barang yg kte beli..harga disini bermksd seminar viva dan barang yg dimaksudkn tu adalah ijazah sarjana (masters)...

Mengimbas detik ketika seminar viva semalam, ade bnyk yg ak sesalkan..penyesalan yg paling nyata adalah, ak xdpt nk menahan emosi ak ketika brtubi-tubi komen yg diutarakan..sebenarnye viva semalam ok, sume examiner brsetuju bahawa research yg ak buat mencapai objektif sehingga menghasilkan beberapa jurnal..Soalan berkaitan fakta teoritis dan data tak bnyk diajukan..kata mereka dah lengkap dan tak ada apa yg nk dibangkang..namum, emosi ak agak trganggu ketika internal examiner memberi komen yg agak pedas tentang susunan ayat dan bahasa yg ak gunakan..brtubi-tubi..di page ke page lain..sampai ak trfikir yg ak menghasilkan tesis atau novel inggeris yg bnyk kritikan nya..

Wlau bagaimanapun, ak sedar yg tak semua insan tu sempurna..even kalau hebat sgt pn research, belum tentu org akan faham apa yg kte ckap kn...semalam ak agk stress ttg hal tu, tp hari ni ak fikir balik yg semua tu adalah antara asbab bagaimana ak nk jadi insan yg lebih kamil..mmg x dinafikan, org brdarah jawa macam ak ni tak mampu nk mengarang english dengan baik, namun ak dah brusaha..biasalah ade merah2 dlm tesis tu..

Tarikh akhir utk submit 3 copies sbnrnya 6 bulan dri sekarang..tp oleh sebab ak kn mengejar konvo bulan 3 ni, ak mesti hantar sebelum 31hb ni...harap2nya ak sempatlah hantar...moral from the story; wlau apapn yg brlaku, kte mesti tenang menghadapinye..kalau xtenang, jdla stress...

Tuesday, January 11, 2011

Goodluck Mohd. Hazwan Hussin!!

Update: Br jek menyiapkan Research Manuscript untuk dihantar ke Corrosion Science (IF: 2.3), ada st lg journal yg menunggu utk di"alter" (none other than journal Zn-MnO2 yg diberi boss mggu lpas utk ak btulkn)..phuff..nwey, mggu dpn ak akn mnduduki peperiksaan oral M.Sc ku (VIVA)..so, mggu ni kne prepare something n ak dah mintk cuti dri boss, he said ok..haha...

p/s: otak dah letih lpas siap buat st paper dlm ms 3 minggu..skrg ni nk kne recharge blik sblm menghadapi VIVA...please pray for me!!!

Friday, January 7, 2011

Saya Melayu juga!!

Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyuarakan kebimbangan beliau kepada masa depan org melayu dlm bukunya "The Malay Dilema" serta puisi "Melayu Mudah Lupa". Bukan beliau saja yg memikirkan masa depan org melayu yg tak menentu. Sejujurnya, ak merasa bertuah kerana lahir sebagai seorang melayu (walaupn brdarah campuran Melayu Patani di sebelah emak dan Jawa di sebelah ayah) dan bragama Islam. Natijahnya, ak sendiri memikirkn perkara yg sama iaitu masalah org melayu. Ramai orang melayu yg lancang brsuara ketika kaum lain mempersoalkan "Ketuanan Melayu" atau dasar "Keistimewaan Melayu" sampai brperang mulut dan brgaduh. Hakikatnya, masyarakat melayu zaman kini hampir musnah disebabkan sikap org melayu sendiri. Apa tidaknya, kita lantang brsuara kalau org mempersoalkan hak kita, tp pada masa yg sama kita sendiri brsikap buruk sesama kita. Contohnya, cuba kita pergi ke pejabat kerajaan atau pejabat pihak berkuasa tempatan yg rata2 nya di jawat oleh org melayu. Kalau ada urusan yg memeningkn kepala mereka, mereka lantas marah tanpa menggunakan adap yg sopan. Cuba kita lihat kaum lain, Cina dan India..Wlaupn mereka ni bukan brsaudara, tp mereka sama2 menyelesaikan masalah dengan cara yg baik. Ak tak faham bahasa Tamil atau Mandarin, tp dari intonasi percakapan mereka jelas membuktikan mereka beradap dan membantu sesama bangsa. Tak macam kita.

Orang melayu juga sangat terkenal dengan sikap suka mengkritik. Ini tak boleh, itu tak boleh..Tp kalau sampai diri sendiri, semua boleh..Peliknya sikap org melayu ni kdg2 macam ombak..sekejap tinggi dan sekejap rendah..tak ada jati diri atau pendirian yg kukuh..Sebab tu la bangsa lain mudah take advantage keatas kita!!! Oh ya, melayu juga sgt terkenal dengan sifat malas..buat kerja pun macam melepaskan batu ditangga..lepas tu brmegah dengan kerja yg tak seberapa tu...sy yakin org melayu yg baca blog ni pn ak brfikir bahawa kita juga sama dengan yg lain..malas dalam segala hal..kita kutuk org cina tak mandi pagi, tp kita yg mandi pg ni lepas datang kerja pergi minum teh dl, ngular...masa boss pnggil pn terhegeh2 dtg..cuba kita tny boss2 kita, kaum apa yg bnyk sekali kes2 memeningkan kepala..jawapan nya msti org melayu..

skrg ni,banggakah kita sebagai melayu kalau kita sendiri yg menghancurkan ms depan bangsa kita?? fikir-fikirkn la wahai keturunan melayu..

Wednesday, January 5, 2011

Originality in PhD

As cited from "So you want to get a PhD" by Dr. Kamarul Zaman Ahmad:

What does "original" actually mean in the context of a PhD? Well, originality can comprise of any one or more of the following items;

1) Carrying out empirical work that hasn't been done before
2) Making a synthesis that hasn't been made before
3) Using already known material but with a new interpretation
4) Trying out something in this country that has previously only been done in other countries
5) Taking a particular technique and applying it in a new area
6) Bringing new evidence to bear on an old issue
7) Being cross-disciplinary and using different methodologies
8) Looking at areas the people in the discipline haven't looked at before
9) Adding to knowledge in a way that hasn't been done before


p/s: cuba berfikir sejenak, adakah kita dah mencapai salah satu dripada matlamat diatas?