Saturday, January 28, 2012
Skop pengajian berbeza, research pn brbeza..
Salam semua, entri kali ini adalah feedback kepada entri seorang kawan yg kini melanjutkan pelajaran tahap PhD di skul engineering..prbincangan kali ni merujuk kepada skop pengajian yg brbeza dan impak trhadap penyelidikan (cewah, mcam tajuk perbahasan plak)..ok lets face it people, inferens awal yg kita bley buat sebelum menilai adalah "setiap apa jua bidang yg kita ceburi,tak semestinya sama dan takde satu pn indicator utk menilai kesmua bidang"..contohnye;
1) Bidang Sains Sosial: ak ada ramai kawan yg sedang melanjutkan study dlm bidang ni, khususnya bidang social work..kebanyakan research mereka brkaitan dgn perkembangan, permasalahan social..bg ak, skop kerja mereka mudah..hnya perlu buat proposal (secara langsung chapter 1,2 ngn 3 utk tesis dh siap) dan dibentangkan (defend proposal) sebelum ambil data..yg lama tu cuma nk prepare proposal dan tunggu "q" nk defend proposal jek...ambil data and analisis data hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja..lepas ambil data, tinggal siapkn result and discussion dan dh boleh siap study..
2) Bidang Sains: yg ni mmg ikut pengalaman ak sendiri..tapi bidang sains tu luas..mcam2 ade..kalau bidang yg perlu buat experiment, yg ni mmg susah..contohnye bidang biologi, kita perlu hasilkan aset penting research kita dl (e.g sel, ternak bakteria, ternak binatang/serangga dulu etc) barula bley study nature/application sesuatu bahan terhadap aset kita ni..kalau aset kita ni rosak/mati tgh2 study,nangis wooo..kene starting over..ok, kalau bidang kimia, kita perlu hasilkan aset kita dahulu (buat sintesis/reaction dulu) baru study macam2 parameter sebelum stdy application yg sesuai..result boleh jadi positif atau negatif..selain tu jugak kne proposed mechanism yg sesuai utk tnjukan tindak balas yg trjadi...dan bagi ak, bidang kimia adalah lebih susah antara bidang2 yg dimana kita perlu buat reaction..
3) Bidang Kejuruteraan: kalau bidang kejuruteraan pulak, mereka lebih pentingkan hasil penyelidikan, efficiency, utili dan sebagainye...reaction masih ada,tp lebih minor..application study mmg lebih, tp kurang penerangan ttg mechanism atau sebagainya..bg org engineering, mechanism tu kurang penting..efficiency bahan atau alat yg mereka hasilkan tu lebih penting..secara amnya, bidang kejuruteraan ini lebih merujuk kepada bidang applied science...masih perlu berusaha keras untuk dptkan result..
4) Bidang Perubatan/Kesihatan: bidang ini juga boleh dikatakan sebagai applied life science..mereka menghasilkan satu ubat/device bagi meningkatkan metabolisme atau mengurangkan risiko penyakit..application study mmg lebih kerana mereka mementingkan efficiency ubat/device yg mereka hasilkan..
pendek kata, stiap apa jua bidang yg kita ceburi ianya memang berbeza dari yg lain dan tentunya istimewa dimata kita sendiri..jgn jadikan bidang yg berbeza sebagai ukuran yea..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment