Saturday, September 24, 2011

Published article without citation is worthless!!!

Salam semua..

Entri kali ni akan memfokuskan kepentingan "citation of article" selepas paper kita di 'accept'..

Ok, barangkali ramai yg sedia maklum bahawa penerbitan didalam sesebuah jurnal saintifik bukan suatu perkara yg mudah..Dapat lepas drp tahap genting penerbitan sehingga berjaya memasukkan kerja penyelidikan kita di dalam sesuatu jurnal pn dh dikira bonus (tak kiralah kalau jurnal tu ada impact factor atau tak)..Namun, inti sebenar penerbitan dalam sesebuah jurnal bukanlah brmksd kita dpt masukkan kerja kita dlm jurnal tu, tetapi berapa ramai yg BACA dan berapa ramai yg MEMETIK (cite) hasil kerja kita dalam makalah akademik mereka..Inilah sebenarnya inti kejayaan penerbitan (bukan hanya kejayaan dapat masukkan kertas penyelidikan kita dalam sesebuah jurnal)..

Cuba bayangkan, walaupun kita brjaya masukkan kertas penyelidikan kita dalam jurnal berimpak faktor tinggi (cthnya; Corrosion Science), namun berapa ramai yg menggunakan atau memetik hasil kerja kita utk dijadikan panduan? adakah kertas penyelidikan kita trbiar brhabuk dalam jurnal trsebut tanpa sebarang citations?? Inilah yg brlaku kepada dunia penyelidikan sekarang..kebanyakan penyelidikan tertumpu pada hasil yg sama, dgn hanya mengubah bahan mentah (raw material) yg mungkin belum pernah digunakan..hasilnya, brlaku lambakkan kertas penyelidikan yg mirip antara satu sama lain, mengakibatkan org rmai jarang memetik hasil kerja kita walaupun br publish..

Ada yg bijak mengawal situasi dengan memetik hasil kerja sendiri untuk digunakan pd penerbitan yg seterusnya, namun sampai bila keadaan ini akan brakhir?? Kepentingan penyelidikan zaman sekarang trtumpu pada PENYELIDIKAN BARU, bukan mengolah kajian yg sama dengan mengubah bahan kajian..broaden your mind, you may see others..antara kata2 yg merujuk kita perlu brfikiran jauh (fore-minded) dan tak trtakluk pada benda yg sama..contohnya, kalau kita buat kajian tentang kimia, mungkin kita boleh aplikasikan dapatan kajian tu pada bidang lain contohnya kejuruteraan, modelling, mathematical algorithms atau sebagainya supaya menampakkan KELAINAN dalam kajian kita..barulah kertas penyelidikan boleh dapat "Top 10 hottest cited paper" dan sebagainya..

p/s: Review paper juga antara kertas penyelidikan yg sering dipetik org ramai..tapi sanggupkah kita membaca beratus jurnal hanya untuk mendapatkan satu penerbitan?? Hehe..

No comments: